Tuesday, May 21, 2013

impian kasih...

4 perkara yang perlu ada pada bakal isteri / suami..

1)agama
2)kecantikan,paras rupa.
3)keturunan
4)harta

kita digalakkan mencari bakal isteri/suami kita yang mempunyai salah 1 yang disenaraikan diatas.. kalau ada semua haa e2 dikira bagus.. cukup pakej,bukan semua orang beruntung untuk dapat semua pakej 2... yang dapat smua 2 alhamdulillah....

AGAMA,dengan adanya agama dalam diri kita dan pasangan kita.. insyAllah.. ALLAH akan memberikan kebahagiaan kepada kita,kebahagiaan yang berkekalan hingga ke syurga... kerana ALLAH amat sayangkan hamba yang mencintainya dan mengikut segala suruhannya...


KECANTIKAN PARAS RUPA,sedap mata memandang...

Sunday, May 19, 2013

Cinta

Cinta

Assalamualaikum

Cinta yang benar-benar tulus dan ikhlas seharusnya menjadikan pemiliknya bertambah matang,beriman dan berperibadi mulia.
jika yang sebaliknya berlaku,ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang kita cari selama ini....

8 Fakta Yang perlu Wanita Tahu :
  1.  Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
  2. Wanita tidak perlu bazirkan emosi anda kepada seseorang lelaki sehingga anda tahu dialah lelaki ideal bakal suami anda.
  3. Didalam dunia sekarang ini lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!.
  4. Untuk berjaya didalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
  5. Lelaki ideal adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, anda perlu bertemu dengan ramai lelaki sehingga anda benar-benar menjumpai lelaki idaman anda.
  6. Saiz badan dan fesyen pakaian anda tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana anda mempamerkan penampilan diri dan pakaian anda. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
  7. Jangan bercinta dengan lelaki kerana anda rasa bersimpati dengannya.
  8. Minda anda adalah aset yang terbaik.
Semua fakta di atas adalah fakta yang sangat tepat. Belajarlah bagaimana untuk berhenti daripada menunggu sang putera raja datang mengetuk pintu rumah anda. Letakkan diri anda di atas kerusi pemandu, cari putera idaman anda dan berbahagialah.

Wallu'alam..


#mencari sesuatu, fikir-fikirkan selalu ^_^

Tuesday, May 14, 2013

GOLONGAN YANG BERADA DI BAWAH NAUNGAN ALLAH S.W.T

GOLONGAN YANG BERADA DI BAWAH NAUNGAN ALLAH S.W.T



   Rasulullah s.a.w. bersabda, ” Tujuh golongan akan dipayungi oleh Allah S.W.T. di bawah payungNya pada hari yang tiada payungan melainkan payungNya:
1. Pemerintah yang adil.
2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah S.W.T.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa teringat masjid.
4. Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu kerana Nya dan berpisah keranaNya.
5. Pemuda yang diajak (melakukan zina) oleh perempuan yang mempunyai pangkat dan jelita, lalu lelaki itu berkata sesungguhnya aku takut kepada Allah S.W.T.
6. Lelaki yang memberi sedekah lalu disembunyikannya kerana tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
7. Lelaki yang berzikir kepada Allah S.W.T. secara bersendirian lalu basah matanya.
(Daripada Abi Hurairah r.a.)

11 GOLONGAN AHLI NERAKA SATU GOLONGAN AHLI SYURGA
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
“iaitu… hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya,
“Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
 1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
 2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
 3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
 4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
 5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
 6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
 7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
 8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
 9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
 10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
 11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
 1.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.
Semoga kita bukanlah tergolong dalam 11 golongan ini,sama-sama kita kearah golongan yang mana berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat.

#mencari sesuatu,


JANGAN BERSEDIH

LA TAHZAN , INNALLAH MA'ANA

      Jika kita sedang berada dalam kesedihan,sabar dan tabahkan hati jangan mudah mengalah dan menyalahkan diri sendiri. sesungguhnya ALLAH S.W.T amat menyayangi orang yang sabar.
jangan bersedih ALLAH sentiasa ada bersama kita.

* Jika remuk hati mu dilukai, bentuklah hati mu itu kembali dan serahkannya pada ILLAHI. berikan sepunuh hatimu pada ALLAH,dan ALLAH pasti akan memberikanmu insan yang terbaik...

* Jangan bersedih setiapa apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,sesungguhnya ALLAH itu mengetahui apa yang terbaik buat hambanya yang soleh...

* Janganlah kamu bersedih kerna satu hari nanti pasti akan terubat.

* Senyumlah biar pun hati sedang sakit.

* Bersabarlah kerana sesuatu itu awalnya sukar,sebelom ianya menjadi mudah...





 #mencari sesuatu, fikir-fikirkan selalu




wanita hiasan dunia



   wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah....

* kecantikan seorang wanita itu terletak pada akhlaknya.

* lembutnya seorang wanita itu bukan berarti lemah.

* wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki,dekat dihati untuk  
  disayangi.

*seorang ibu adalah seorang wanita,wanita yang penyabar dan cekal dalam melahirkan dan membesarkan anak2nya.

*wanita ibarat permata yang sangat bernilai,tidak untuk dibuang.

*wanita merupakan semangat bagi kaum adam.

* wanita solehah itu tidak suka mengenali dan dikenali.tidak suka memandang dan dipandang.Di bibirnya tidak meniti mana-mana nama lelaki.dan di bibir-bibir lelaki tidak meniti nama-namanya.



#mencari sesuatu, fikir-fikirkan selalu...













Sunday, May 12, 2013

Hebat solat malam....

Hebat solat malam....



   APAKAH kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir? Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh. Sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang.
Saranan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Dari Abu Hurairah r.a “….Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir.” (HR Bukhari)
Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash radhiallahu ‘anhuma katanya; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya: “Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi – yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya” atau beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “di telinganya.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.” (Muttafaqun ‘alaih).
Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda padanya:
Solat yang paling dicintai Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun solat yang sepertiganya dan tidur seperenamnya, Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Muttafaqun ‘alaih)
Dari A’isyah r.a. pula bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu tidur di permulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersolat. (Muttafaqun ‘alaih)
Apakah kelebihan-kelebihan itu?
* Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu
“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
* Waktu Mustajabnya Doa
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang Muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)
* Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya
Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya. (HR Adam bin Abu Iyas)
* Meningkatkan Darjat Di sisi Allah
“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat 79).
Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang.
Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)
* Ibadah Ahli Syurga
Firman Allah lagi dalam surah as Sajdah, ayat ke-16 dan 17 bermaksud: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.” [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu.” (HR Tirmidzi)
Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.” (HR Tirmidzi).
* Keteladanan Salafussoleh
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat Subuh dan kemudian dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau beranjak melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau berkata,”jika hal ini tidak aku lakukan maka sungguh sangat berat.”
Dalam riwayat Ibnu Ishaq dan Ahmad dari Jabir bin Abdullah r.a. ia menceritakan; “Kami berangkat bersama Rasulullah SAW pada perang Dzatur Riqaa’. Pada kesempatan itu tertawanlah seorang wanita musyrikin. Setelah Rasulullah SAW berangkat pulang, suami wanita itu yang sebelumnya tidak ada di rumah baru saja datang. Kemudian lelaki itu bersumpah tidak akan berhenti mencari sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad SAW. Lalu lelaki itu keluar mengikuti jejak perjalanan Rasulullah SAW. Pada sebuah lorong di suatu lembah Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita malam ini?” Jabir berkata, “Maka majulah seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar lalu keduanya menjawab, ‘Kami siap untuk berjaga ya Rasulullah’. Nabi Muhammad SAW berpesan: “Jagalah kami di mulut lorong ini.” Jabir menceritakan waktu itu, Rasulullah bersama para sahabat berhenti di lorong suatu lembah.
Ketika kedua orang sahabat itu ke ke mulut lorong, sahabat Anshar berkata pada sahabat Muhajirin, ‘Pukul berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir malam?’ Sahabat Muhajirin menjawab; ‘Jagalah kami di awal malam’, kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring tidur. Sedangkan sahabat Anshar melakukan solat. Jabir berkata, datanglah lelaki musyrikin itu dan ketika mengenali sahabat Anshar, musyrikin itu mengetahui bahwa sahabat itu sedang hirasah. Kemudian orang itu memanahnya tepat mengenai diri Ansar tersebut, lalu sahabat Ansar itu mencabutnya kemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian orang musyrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya lagi, lalu sahabat itu mencabut kembali anak panah itukemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian untuk ketiga kalinya orang itu memanah kembali sahabat Anshar tersebut dan tepat mengenai dirinya. Lalu dicabut pula anak panah itu kemudian ia rukuk dan sujud. Setelah itu ia membangunkan sahabat Muhajirin seraya berkata, ‘Duduklah kerana aku telah dilukai.’ Jabir berkata, Kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu. Ketika orang musyrikin itu melihat keduanya ia sedar bahawa dirinya telah diketahui maka ia pun melarikan diri. Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata, ‘Subhanallah kenapa engkau tidak membangunkan aku dari tadi?’ Sahabat Anshar menjawab, ‘Aku sedang membaca surah dan aku tidak ingin memutusnya. Namun, setelah orang itu berkali-kali memanahku barulah aku ruku’ dan memberitahukan dirimu. Demi Allah SWT kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadaku niscaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solat.’
Bagaimana mudah untuk bangun solat malam?
Petua dari Imam Al-Ghazali:
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.
3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.
4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.
Ya Allah berikanlah kekuatan untuk Aku mengamalkannya. Amin.
Wallahu’alam dan insyaAllah kita azam mulai hari ini untuk mula solat malam.

Jauhi Enam Golongan Yang Akan di Masukan ke Dalam Neraka Tanpa Hisab

Jauhi Enam Golongan Yang Akan di Masukan ke Dalam Neraka Tanpa Hisab


    Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah S.W.T. telah menyediakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya, apabila mereka bertemu Allah S.W.T. di hari akhirat. Begitu juga Allah S.W.T. telah menyedikan neraka untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa dan tidak melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Kesemua manusia yang beriman  akan melalui hisab iaitu timbangan amal di atas dosa dan pahala yang telah dikerjakannya ketika di dunia. Tetapi amat malang terdapat 6 golongan manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa hisab di sebabkan dosa besar dan kemugkaran  yang mereka lakukan ketika di dunia.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
"Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :
1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."

Huraiannya adalah seperti berikut :

Golongan pertama : Kerajaan yang zalim.

Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan diberikan amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam realiti kita hari ini di dalam seluruh dunia Islam pemimpin negara Islam kebanyakkannya tidak berlaku adil kepada rakyat dibawah pemerentahannya. Selagi mereka tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah S.W.T. selagi itulah mereka  tidak akan dapat berlaku adil. Pemimpin kerapkali merampas hak rakyat, rasuah, menyalah gunakan dana kerajaan dan menagkap dan memenjarakan rakyat yang tidak berdosa tanpa dibicarakan di mahkamah terbuka. Para ulama yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada rakyat disekat dan dikenakan berbagai halangan dan sekatan sehingga rakyat yang dahagakan ilmu terbiar tanpa mendapat tarbiah dan kesedaran Islam.

Perkembangan terkini dua buah negara Arab yang mana pemimpinnya cukup zalim dan kejam, rakyatnya telah bangkit memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran, yang satu telah jatuh dan menanti yang satu lagi bila-bila masa akan jatuh dibawah gelombang rakyat yang dahagakan keadilan dan kebebasan. Cuba kita bayangkan bagaimana zalimnya seorang pemimpin Islam sanggup menjadi 'budak suruhan' Yahudi laknatullah, saudara kita Palestin membawa makanan dan ubat-ubatan melalui trowong bawah tanah pihak tentera telah melepaskan gas beracun hinggakan mereka yang berada di trowong mati kerana sesak nafas. Tunggulah balasan Allah kepada mereka yang menzalimi saudara muslim yang tidak berdosa!

Para pemimpin pergerakan Islam di dua negara tersebut telah di tangkap dan diseksa dengan berbagai-bagai seksaan sedangkan mereka bukan penjenayah, mereka hanya menyampaikan dakwah untuk menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kemurkaan Allah. Kebangkitan gelombang rakyat adalah suatu yang tidak dapat disekat lagi kerana rakyat memerlukan pemimpin yang adil , amanah dan pemimpin berhati rakyat.

Ingatlah wahai pemimpin umat Islam! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan Allah! Andainya kalian adil , kalian akan mendapat naungan Arasy  di Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka tanpa hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah S.W.T.

Golongan Kedua : Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)

Islam melarang umatnya mengutamakan kemegahan atau taksub kepada sesuatu kaum/bangsa  dan sifat separti ini dipanggil memperjuangkan asabiyah.

"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat  Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)
Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Dapat difahami bahawa sayang kepada bangsa sendiri  yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui Islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asabiyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah lalu dibela dan dipertahankan.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Golongan Ketiga : Ketua kampung/ pemimpin yang sombong.

Sifat sombong adalah satu sifat yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Tiada sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan kerana semuanya adalah milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kesemua itu.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Seorang ketua kampung atau pemimpin dikawasan mukim tidak seharusnya dia bersifat sombong kerana tugas untuk memimpin kampung atau mukim adalah satu amanah bukan satu  keistimewaan dan boleh bermegah-megah.

Begitu juga orang kaya tidak sepatutnya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau,  'Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri (sombong)' ” (Surah al-Qashash ayat 76)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan (juga) Qarun, Firaun  dan Haman. Sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala".
(Surah al-Ankabut ayat 39).

Jauhilah sifat sombong kerana sifat ini akan menjadikan seseorang termasuk di dalam golongan ketiga akan masuk neraka tanpa hisab.

Keempat : Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.

Salah satu cara untuk mendapatkan harta dengan cara yang halal adalah dengan perniagaan.
Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%)  rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Peniaga yang berniaga melakukan penipuan dengan menaikkan harga barang atau menyorok barang keperluan harian tanpa memilirkan kesusahan orang lain adalah dikira berkhianat dan menipu orang ramai.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Sekiranya seorang peniaga itu berkhianat atau menipu dalam perniagaannya, menipu timbangan atau mengurangkan spesifikasi yang telah ditetapkan sesuatu barangan/ pembinaan maka dia termasuk golongan keempat akan di masukkan kedalam neraka sebelum di hisab.

Kelima : Orang kampung yang kerana kebodohannya. ( Orang bodoh yang mempertahankan  kejahilannya)

Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.

Nabi S.A.W.  bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'.

 Orang jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain.
Golongan kelima yang jahil ini akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.

Golongan Keenam : Ahli ilmu kerana hasad dengkinya.

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.

Hasad dengki yang paling membahaya adalah apabila ulama menaruh hasad dengki kepada ulama yang lain. Apabila seseorang itu di gelar alim ulama maka dia adalah seorang yang berilmu dan mengetahui dosa dan pahala.

Dalam sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.

Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Biasanya ulama yang memiliki sifat hasad dengki adalah ulama dunia, ulama yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menyatakan kebenaran kepada pemimpin zalim walaupun kezaliman itu terang-terangan berlaku dihadapan matanya. Ulama seperti ini akan masuk neraka tanpa hisab dan dia lebih dahulu masuk neraka daripada penyembah berhala .

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada enam golongan yang masuk neraka tanpa hisab seperti huraian di atas. Orang yang paling berbahagia adalah golongan yang masuk syurga tanpa hisab seperti para Nabi dan Rasul dan para syuhada dan mereka yang benar-benar beriman, bertakwa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. bukannya golongan yang masuk neraka tanpa hisab.

Friday, May 10, 2013

KISAH TENTANG KEHEBATAN KELUARGA IMRAN

KISAH TENTANG KEHEBATAN KELUARGA IMRAN


   Kita semua tahu, dalam Al-Quran ada sebut tentang keluarga Imran. Walaupun kita tak tahu siapa Imran tu, tetapi Allah swt telah rakamkan kisah keluarga ini dalam Al Quran. Mengapa?Kerana..keluarga Imran ialah keluarga contoh yang ada fikir risau tentang zuriat. Mereka bukan risau zuriat mereka tak makan, takde rumah, atau takde kerja…Tapi fikir risau mereka adalahbagaimana anak dan zuriat mereka dapat jadi orang-orang yang khidmat untuk agama…fikir risau agar anak cucunya selamat dari disentuh dan diganggu oleh syaitan…

Justeru, kita baca dalam Al-Quran bagaimana isteri Imran, ibu kepada Hadrat Maryam a.s semasa hamil lagi telah berniat, malah menazarkan anaknya untuk berkhidmat kepada agama…Kemudian, dia doa lagi agar anaknya dan zuriatnya tidak diganggu syaitan. Maka lahirlah Maryam a.s dan Isa a.s tanpa disentuh oleh syaitan, mereka tidak menangis ketika lahir. (Selain dari mereka berdua, semua bayi yang lahir disentuh oleh syaitan sebaik saja mereka menerpa dari perut ibu mereka..)
Tapi, apabila lahirnya seorag anak perempuan, isteri Imran tidak putus asa dan gelabah, dengan tenang dia tunaikan nazarnya dan mengadu kepada Allah bahawa yang lahir ini adalah anak perempuan, dan perempuan tidak seperti lelaki. Namun, Allah Maha Tahu apa yang Dia taqdirkan…dan dia (isteri Imran) redha atas ketentuan ini, dan tetap tunaikan nazarnya dengan meletakkan Maryam a.s di mihrab (dlm kawasan masjid) dengan dijaga oleh bapa saudaranya Nabi Zakariyya a.s..

Pernah saya dgr tafsir kisah Maryam a.s ini, bahawa Maryam a.s ini cepat sekali tumbesarannya, bkn seperti manusia biasa…Hanya dalam beberapa tahun dia telah sampai umur jadi gadis, kemudian tambah matang…Begitu juga Nabi Isa as, lahir sahaja sudah boleh bertutur dengan fasih! Maknanya mereka membesar rapidly!
Pada zaman itu, keadaan semasa orang-orang Yahudi sangat rosak dari moral mereka. Justeru, Nabi Zakariyya a.s meletakkan Maryam a.s di tingkat yang tinggi dan dilindungi dari melihat persekitarannya…Khabarnya pintu untuk sampai ke mihrab tempat Maryam a.s tinggal mempunyai 27 pintu dan hanya Nabi Zakariyya a.s seorang sahaja yang boleh masuk ke situ.. masyaAllah…

Dengan izin Allah, Maryam a.s dibesarkan dalam suasana yang bersih dari maksiat, dalam suasana ibadat. Keyakinannya pada Allah bertambah, dengan datangnya buah-buahan di luar musim terus ke dalam mihrabnya…Apabila ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, dari mana datangnya buah-buahan ini, kerana hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk ke situ, dijawab Maryam a.s…”huwa min ‘indillah“…yang bermaksud; “ianya dari sisi Allah” . Sehingga berkali-kali ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, itu juga jawapannya…Maka yakinlah Nabi Zakariyya a.s bahawa anak gadis ini sangat istimewa, dapat rezeki terus dari Allah..

Dan kemudian dia pun terfikir, takkan dia pun tak boleh dapat, sedangkn dia seorang Nabi…Maka, dia terus doa untuk dapat zuriat yang akan menyambung kerja agamanya…(sedangkan pada waktu itu, Nabi Zakariyya a.s sudah tua dan isteri Nabi Zakariyya a.s sudah berumur 80 tahun++) Dan hasilnya, doa Nabi Zakariyya a.s dimaqbulkan oleh Allah dengan berita yang dia akan dapat seorang anak namanya Yahya yang akan menjadi nabi juga…MasyaaAllah! bukan saja dapat anak, siap nama dan tugas lagi dah diberitakan. Walhal baru berdoa, belum pun lahir anaknya…

Oh ye, kata-kata Maryam a.s tadi bila di tanya oleh Nabi Zakariyya a.s itu, (“huwa min ‘indillah“) pernah juga disebut-sebut oleh Fatimah r.aha bila beliau menerima pemberian dari sesiapa…Jadi, kita pun bila ada jiran ke.. sape-sape bagi kita makanan atau apa-apa juga, kita katalah ‘huwa min ‘indilllah‘…lebih-lebih lagi kalau orang atau suami.. atau anak tanya, “sapa bagi ni ummi?”…kita pun jawab dulu…’huwa min ‘indilllah….dan lepas tu, barulah cakap…”makcik nab sebelah tadi hantarkan..” begitulah hendaknya.. Semoga yakin kita bertambah pada Allah setiap waktu.

Kisah keluarga Imron ni, Allah beritakan dalam Quran supaya kita ambil kaedahnya…
1)Semasa hamil, niat anak untuk agama, doakan anak agar dilindungi Allah dari syaitan…Rujuk surah Ali Imran, ada ayat doa isteri Imran tu…Amalkan ye…
2)Ibu-ibu hamil, jangan tinggalkan ibadah kepada Allah, di samping dakwah siang hari, malam bangun tahjjud doa pada Allah.
3)Anak-anak yang sedang membesar, kita besarkan dalam suasana iman dan amal. Hari-hari, cakap tentang keyakinan dan kebesaran Allah sehingga dia yakin semuanya datang dari Allah…
4) Kita usaha anak kita diberi pelajaran agama yang baik, macam Maryam a.s dihantar kepada Nabi Zakariyya a.s untuk ditarbiyah agama…Kita bukan ustaz ustazah, kita hantar anak-anak ke madrasah agar dapat belajar agama. Tapi, untuk hasilkan iman yakin, hanya dengan dakwah, jadi kita didik anak kita dengan dakwah juga
5)Bila kita hidupkan suasana iman dan amal dalam rumah, kita akan dapat keyakinan kepada Allah swt dan  orang yang datang ke rumah kita juga akan terkesan dengan keyakinan kita

6)Anak-anak perempuan kita jangan selalu biasakan berada di luar rumah…nanti akan terkesan dengan suasana maksiat di luar…
Ada banyak lagi pengajaran dari kisah keluarga Imran ini, jadi kita bacalah Surah Ali Imran dalam al Quran, dan amalkannya…InsyaAllah semoga saya dapat amalkan, begitu juga dengan anda..dan sampai-sampaikanlah cerita ini pada yang lain….Macam Nabi Muhammad SAW sabda lebih kurang maksudnya, kadang-kadang orang yang disampaikan itu, lebih dapat amalkan dari orang yang menyampaikannya…kerana taufik hidayah adalah dari Allah…Moga-moga dapat sahamnya bila orang lain amalkan…


Tazkirah

Tazkirah

    Apa sahaja yang ada disekeliling kita tidak boleh memberikan manfaat ataupun mudarat kepada kita tanpa izin Allah Subhanawataala. Kita hari ini terlalu bergantung kepada hal-hal dunia. Sebenarnya kita ini kecil sahaja disisi Allah Subhanawataala. Allah tidak perlukan kita sebagai makhluknya tetapi kita yang memerlukan Allah Subhanawataala untuk kita terus hidup dan berjaya di dunia dan selamat di akhirat nanti. Kita ini ibarat kapal yang berada di lautan yang luas. Selagi air laut masih di luar kapal dan kapal masih di atas air laut maka kita akan selamat dan berjaya. Tetapi apabila air laut sudah masuk ke dalam kapal kita akan rosak binasa. Begitulah juga hati kita yang kecil ini. Apabila seluruh hal dunia, kekayaan, harta, pangkat dan darjat masih berada di luar hati kita, kita akan berjaya. Dan apabila hal dunia, kekayaan, harta, pangkat dan darjat sudah masuk ke dalam hati kita, kita akan lalai sehingga rosak kehidupan kita.
. “Mengapa umat hari ini jauh dari agama?” manusia hari ini jauh dari agama adalah kerana iman umat hari ini terlalu lemah. Jadi untuk memantapkan iman umat kita hari ini kenalah mantapkan iman kita sendiri dulu, kemudian keluarga kita dan barulah iman orang lain. Selagi iman kita di takuk lama maka jangan mimpi umat ini akan berubah kecuali dengan izin Allah SWT.
Ustaz Hadi menjelaskan bahawa selain itu, Allah SWT menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan iman amal.
Bermakna perniagaan yang seterusnya ada dakwah yakni mengajak manusia kepada kebenaran dan kebaikan. Setelah kita beriman dan beramal soleh maka kita kena dakwahkannya kepada orang lain terutama keluarga kita. Kepada yang belum bertudung, disuruh memakai tudung dan kepada yang sudah, hijablah secara sempurna. Dakwah supaya seluruh umat lelaki dapat taat perintah Allah, solat berjemaah di masjid atau surau; seluruh wanita memakai hijab yang sempurna; dan seluruh anak-anak taat perintah ibubapa, maka akan sejahteralah kehidupan penduduk di kariah kita, insyaAllah.
Kita sebagai orang biasa kita dakwah dengan mennunjukan akhlak yang mulia, supaya semua orang faham bahawa islam itu indah zahir dan batin. Iman diumpamakan sebagai akar pokok yang bertunjang. AKAR POKOK YANG BER TUNJANG merupakan asas kepada kekuatan pokok, tanpa akar pokok tunjang, maka pokok akan tumbang..,”


“begitulah ibaratnya IMAN dengan akar pokok tadi, iman merupakan asas pada agama, tanpa iman, maka robohlah keislaman kita..”
“AKAR YANG BERCABANG pada akar tunjang pula adalah SUNNAH NABI,iman ada 77 cabang?”
“Hadith riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh tujuh cabang dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” Jadi…, cabang akar pokok itu tadi umpama sunnah Nabi yang bercabang cabang itulah! Yang mana pokok yang kuat memiliki akar tunjang yang kuat dan banyak cabangnya, jadi individu islam yang kuat adalah teguhIMANnya dan banyak pula SUNNAH dalam diri”

“BATANG POKOK pula merupakan tiang ugama, dan ini mewakili SOLAT dalam islam, tanpa solat, maka segala amalan lain jadi sia-sia, begitu jugak pokok tanpa batangnya, maka tiadalah dahan, ranting, daun dan buah.., Manakala DAHAN pokok pula mewakili ILMU dalam islam yang mana banyak ilmu, maka banyaklah dahannya..”

“Tapi jika ilmu itu tidak ada hubungan dengan Allah, maka jadilah pokok itu banyak dahan tapi tidak berdaun, jadi macam pokok kering di padang pasir, tak boleh jadikan sebagai tempat berteduh, kerana DAUN pada pokok adalah mewakili kepada ZIKIR, yang mana lebatnya daun, dan banyak dahan umpama orang BERILMU DAN BERZIKIR”

“BUAH pada hujung dahan pula adalah sifat IKRAM MUSLIMIN yang ada pada diri orang islam yang menunaikan hak tanpa dirinya sendiri menuntut hak, seperti pokok yang memberi buah kepada orang yang berteduh.., langsung tidak menuntut hak.., manakala MANIS pada buah adalah KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang mana jika ikhlas, tentulah orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tak ikhlas, tentulah buah itu rasanya masam..”

“ Akhir sekali, BIJI dalam buah tadi itulah DAKWAH, kerana.., jika biji itu diletakkan pada tempat yang betul, disiram dan di bajai, maka akan muncul lagi pokok baru bersama ribuan biji yang lain, begitulah perumpaan ummat islam yang berdakwah kerana mereka ibarat biji pokok yang subur yang di campakkan kemana sahaja, akan tumbuhlah cahaya islam serta keimanan ibarat pokok yang akarnya teguh, batangnya tegap, dahannya kuat, daunnya rimbung, buahnya lebat, dan manis pula rasanya serta subur pula benihnya, SubhanAllah




 kita kena mempunyai sifat sabar. Inilah intipati seluruh kehidupan kita di muka bumi Allah ini. Kita kena sentiasa bersabar. Untuk kita ceritakan kepada orang mengenai agama ini, kita kena bersabar. Untuk kita amalkan agama ini, kita kena bersabar. Untuk kita dakwahkan agama ini kita kena bersabar.
 apa itu sabar? Sabar adalah keteguhan hati/jiwa untuk menghindari nafsu (yang cenderung menyeret ke kemaksiatan).
Adapun ungkapan “sabar separuh dari iman” (yang merupakan makna penuh sebuah hadis: “al-shabru nishful iimaan”), penjelasannya begini:
Kerana iman adalah gabungan dari pembenaran dan amal baik, maka ia memerlukan dua syarat: keyakinan dan kesabaran. Yang pertama, keyakinan, maksudnya adalah pengetahuan dan keyakinan kita akan adanya Allah SWT, para malaikat, para nabi, dan perkara-perkara lain yang harus diyakini (sesuai pengetahuan kita dari ayat-ayat dan sunnah Nabi). Dan kedua, kesabaran, maksudnya adalah amal perbuatan yang harus kita laksanakan dengan penuh keteguhan hati sesuai kerangka keyakinan kita. Kerana keyakinan/pengetahuanlah yang akan menunjukkan kita mana perbuatan baik (taat) dan mana yang buruk (maksiat).
Kemudian bila kita ada permasalahan maka kita minta pertolongan dengan Allah SWT, sebagaimana firman-Nya: “Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan shalat sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 153)
Oleh itu marilah kita berebut peluang keemasan ini untuk melakukan 4 jenis perniagaan yang menguntungkan ini, yakni:
·  Iman
·  Amal Soleh
·  Dakwah
·  Kesabaran
yang mana ganjaran cukup lumayan di sisi Allah SWT.
Oleh itu ayuh kita hayati hadis ini,
Dari Alqamah bin Harits ra, dia menceritakan, “Aku datang kepada Rasulullah saw dan aku adalah orang ketujuh di antara tujuh orang dari kaumku yang telah memeluk Islam. Lalu kami memberi salam kepada Rasulullah saw dan Beliau pun menjawab salam kami. Kemudian kami berbincang-bincang dengan Beliau  dan Beliau pun merasa takjub dengan pembicaraan kami, lalu Beliau bertanya, “Kalian ini siapa?” Kami menjawab, “Kami adalah orang yang beriman.” Beliau bertanya, “Setiap ucapan mempunyai hakikat (bukti), maka apakah hakikat keimanan kalian?”
Mereka menjawab, “Ada lima belas (15) bukti keimanan kami. 5 perkara yang telah engkau perintahkan kepada kami, 5 perkara yang telah diperintahkan oleh para utusan Engkau kepada kami, dan 5 perkara lagi sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kami sejak zaman jahiliyyah hingga sekarang, kecuali jika Engkau melarangnya.”
Maka Rasulullah saw bertanya, “Apakah lima perkara yang telah Aku perintahkan kepada kalian!” Mereka menjawab, “Engkau telah memerintahkan kepada kami supaya :
1.      Beriman kepada Allah
2.      Para Malaikat-Nya
3.      Kitab-Kitab-Nya
4.      Rasul-Rasul-Nya
5.      Taqdir Allah yang baik maupun yang buruk.”
Beliau bertanya, “Apakah 5 perkara yang diperintahkan oleh para utusanku kepada kalian?” Mereka menjawab, “Para utusan Engkau telah memerintahkan kepada kami supaya kami:
1.      Bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah Yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya dan bersaksi bahwa Engkau adalah utusan Allah.
2.      Mendirikan solat fardhu
3.      Menbayar zakat fardhu
4.      Puasa di bulan Ramadhan
5.      Menunaikan Ibadah Haji jika mampu.”
Beliau bertanya lagi, “Dan apakah 5 perkara yang sudah menjadi kebiasaan kamu sejak zaman jahiliyyah?” Mereka menjawab, “Kami senatiasa :
1.      Bersyukur di kala senang
2.      Bersabar di kala mendapat musibah
3.      Bertahan ketika berhadapan dengan lawan
4.      Redha dengan apa yang telah ditentukan Allah
5.      Tidak bergembira dengan musibah yang menimpa musuhnya.”


Setelah mendengar jawapan mereka, Rasulullah SAW berkata pada para sahabat, “Mereka adalah kaum yang pandai, mahir dalam tata cara berbicara, apa-apa yang dikatakan mereka hampir menyerupai para Nabi.” Lalu beliau tersenyum. Kemudian Beliau bersabda, “Aku menasihati kalian dengan 5 (lima) perkara supaya Allah menyempurnakan kebaikan yang ada pada diri kamu semua, iaitu :
1.      Janganlah kalian mengumpulkan sesuatu yang tidak kamu makan
2.      Janganlah mendirikan rumah yang tidak kamu diami
3.      Janganlah berlumba-lumba dengan dunia yang akan kamu tinggalkan
4.      Takutlah kepada Allah yang kepada-Nya kalian akan dikumpulkan dan akan dihadapkan
5.      Kumpulkanlah bekal untuk akhirat yang akan kamu tempati dengan kekal abadi di dalamnya!”
(HR Hakim, seperti terdapat dalam kitab Al Kanz jilid I halaman 69).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...