Assalamualaikum..
11 orang yang mendapat doa malaikat
11 orang yang mendapat doa malaikat
Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman
. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu
seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan
rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat
sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara
jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita
menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita
perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam
keadaan bersuci
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa
yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.
Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si
fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk
menunggu waktu solat
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah
salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam
keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah
ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf
depan solat berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang
berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung
saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang
menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat
mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang
imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu
‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat,
dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang
yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan
malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di
dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan
solat Subuh dan Asar secara berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan
malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba)
pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit)
dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat
Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke
langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu
Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka
sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang
melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan
saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa
seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang
didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang
malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya
dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan
apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan
harta (infak)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak
satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua
malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah,
berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “
10. Orang yang sedang makan
sahur
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang
sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang
menjenguk (melawat) orang sakit
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah
seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat
untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di
waktu malam hingga Subuh.”
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.
WAllahu’alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.
11 orang yang mendapat doa malaikat
4/
5
Oleh
Ak Mal