Wednesday, June 19, 2013

Assalamualaikum.


ADAB-ADAB &FADILAT MESYUARAT



     Mesyuarat merupakan sunnah Rasulullah saw dan perintah Allah swt yang sangat penting. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw merupakan orang yang paling banyak bermesyuarat. Sahabat-sahabat r.ahum sendiri sering bermesyuarat sesama mereka, dan bersama ahli keluarga mereka.

Firman Allah swt :

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." (A-li’Imraan 3:159)

"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya" (Asy-Syuura 42:38)

Justeru, bagi memperoleh keredhaan Allah swt dalam mentadbir dan membuat keputusan yang TERBAIK untuk keluarga kita, maka perlunya ada mesyuarat setiap hari di rumah kita.
Tujuan mesyuarat keluarga adalah untuk mewujudkan satu fikir, satu hati, dan satu kerja dalam mentadbir rumahtangga dan memenuhi segala tuntutan agama 
Fadhilat dan Kelebihan Mesyuarat :
·         Berkat mesyuarat menyebabkan tertangguhnya sebarang azab yang hendak    diturunkan dan akan mempercepatkan turunnya rahmat Allah taala.
·         Melalui mesyuarat kita akan mendapat berkat wahyu.
·         Tidak rugi mereka yang bermesyuarat dan tidak menyesal mereka yang bersolat istikharah untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan.
·         Setiap keputusan hasil dari mesyuarat pasti ada kebaikan dan kejayaan.
·         Mereka yang menerima keputusan mesyuarat dan berazam untuk beramal denganya, Allah swt akan menghantar malaikat untuk menyertainya.
Bagi memperoleh segala fadhilat yang dijanjikan oleh Allah swt, maka hendaklah setiap ahli keluarga mengikuti Adab-adab Mesyuarat Rumahtangga:
·         Amir(ketua) mesyuarat adalah ketua keluarga (suami @ bapa). Sekiranya suami @ bapa tidak ada, maka anak lelaki yang dewasa perlu menggantikannya.
·         Pilihlah masa di mana semua ahli keluarga dapat berkumpul, seperti selepas majlis ta’lim dsb. Sekiranya terdapat perkara yang perlu diputuskan segera, ahli keluarga boleh beritahu amir untuk memesyuaratkan perkara tersebut pada waktu yang lain.
·         Amir akan memulakan majlis dengan memuji dan memuja Allah swt serta berselawat ke atas Nabi saw.
·         Amir akan minta laporan daripada ahli keluarga mengenai aktiviti yang telah dilakukan pada hari tersebut. cth: Berapa kali cakap kebesaran Allah swt hari ini? Berapa mukasurat baca Quran hari ini?
·         Berbincanglah mengenai urusan-urusan agama, dunia dan akhirat. Cth: Apa aktiviti yang akan kita buat esok?, Esok, kita nak ziarah saudara muslim yg mana?  Bagaimana kita nak usahakan supaya kita sekeluarga dapat bangun tahajud? Bagaimana kita nak tolong jiran kita supaya dia dapat solat berjemaah di masjid?
·         Mesyuaratlah dengan penuh tawajjuh kepada Allah taala.
·         Mesyuaratlah dengan kasih sayang dan berniat untuk mengamalkannya.
·         Sebelum membuat sebarang keputusan, amir akan minta syor (cadangan) daripada ahli mesyuarat.
·         Amir boleh meminta syor (cadangan) dari sebelah kanan, dan tidak semestinya meminta syor dari setiap orang, tetapi maruah setiap orang mesti dijaga.
·         Apabila Amir meminta syor dari kita, maka berilah syor dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, jangan ada niat untuk menyokong atau membangkang.
·         Janganlah merasakan syor kita sahaja yang terbaik, lalu mendesak Amir dan ahli jemaah untuk menerimanya. Kerana ini akan menjauhkan kita dari mendapat nusrah (pertolongan) dari Allah swt.
·         Sebaliknya berilah syor yang paling baik dari kita, dan anggaplah syor kita yang paling lemah dari syor orang lain.
·         Berilah syor dengan meletakkan kepentingan agama di depan, dan kepentingan diri dan kepentingan dunia di belakang.
·         Hargailah dan hormatilah setiap syor dari orang lain (walaupun daripada anak-anak kecil)
·         Janganlah mentertawakan atau memandang rendah syor orang lain kerana setiap syor boleh mencetuskan idea yang lebih baik.
·         Setiap orang semestinyalah ingat dalam dirinya bahawa syornya hanyalah mengikut hawa nafsunya sahaja. Maka jika syornya ditolak, hendaklah dia bersyukur(ucapkan alhamdulilah), dan jika syornya diterima maka hendaklah beristighfarkerana mungkin syornya akan mendatangkan keburukan dan kemudharatan kepada keluarga dan agama Allah swt.
·         Janganlah mengeluarkan sesuatu syor yang kita sendiri merasakan syor itu akan membawa kepada perpecahan dan perbalahan.
·         Setelah amir meminta syor daripada semua ahli keluarga, amir akan membuat keputusan. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan ilham yang dikurniakan oleh Allah swt kepada Amir, berkat kerjasama dan tawajjuh semua ahli mesyuarat.
·         Anggaplahlah keputusan yang telah dibuat oleh Amir adalah sebagai keputusan kita sekeluarga.
·         Keputusan yang dibuat tidak bergantung kepada jumlah syor yang majority atau minoriti. Tetapi jika syor majority itu boleh membawa perpaduan dan kasih sayang maka itu adalah dibenarkan.
·         Amir hendaklah memikirkan setiap syor secara mendalam dan membuatkeputusan dengan jujur dan ikhlas tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka di kalangan ahli jemaah.
·         Seorang amir janganlah bersikap seperti seorang diktator di dalam membuat keputusan, sebaliknya dia hendaklah selalu berbincang dengan ahli jemaahnya.
·         Semua ahli mesyuarat hendaklah memberi kerjasama kepada Amir dan mentaati setiap keputusan yang Amir buat. Anggaplah bahawa syor merekalah yang sedang di amalkan bersama.
·         Kalau seseorang merasakan bahawa syorlah yang paling betul maka dia janganlah sekali-kali mencebir atau mencemuh Amir sebaliknya dia hendaklah yakin bahawa keputusan Amirlah yang akan membawa kejayaan dan kebaikan.
·         Jika sesuatu keputusan itu sangat benar untuk kita terima (berlawanan dengan kehendak nafsu) maka kita hendaklah sabar dan taat, sebaliknya jika keputusan itu  bersesuaian dengan kita maka hendaklah taat dan sabar.
·         Mesyuarat sebelum mesyuarat adalah khianat, dan mesyuarat selepas            mesyuarat adalah fitnah.
·         Sebarang perkara yang berlaku selepas mesyuarat adalah ditaqdirkan oleh qada dan qadar Allah swt, maka janganlah kita mengungkit dan memberi      sebarang komen terhadap perkara tersebut.
·         Menutup majlis dengan membaca kafaratul majlis.

Yakinlah bahawa, dalam setiap amalan sunnah, sudah pasti akan membawa kejayaan. InsyaAllah, hubungan suami-isteri, ibubapa-anak, abang-kakak-adik, akan menjadi semakin akrab, dapat menjauhkan salah faham, semua ahli keluarga akan belajar sifat taat (taat Allah, Rasul, pemimpin, ketua keluarga dan ketua-ketua yang lain) kerana adanya keberkatan Allah swt dalam amalan mesyuarat.
Selamat Bermesyuarat! 

#Mencari sesuatu,Fikir-fikirkan selalu.

Related Posts

Assalamualaikum.
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...