Monday, August 19, 2013

Software@Produk Pilihan

Software@Produk Pilihan

Anda seorang peniaga atau ingin berniaga. Perniagaan secara "online" adalah pilihan anda kerana mudah dan kos pengurusan yang rendah. Tetapi anda tidak tahu bagaimana hendak bermula dan tiada barang untuk dijual. Mungkin dengan perniagaan secara "online" ini boleh jadi pekerjaan anda sepenuh masa atau separuh masa. Disini saya sediakan beberapa Produk dan Cara bagaimana anda hendak mulakan perniagaan "online" anda.Sebagai peniaga "online" kekuatan jualan kita andalah kepada pengguna internet,laman sosial dan sebagainya, jadi kita perlu ada pemasaran yang strategik untuk menarik pelanggan supaya membeli produk yang kita jual.

Software atau Produk yang anda perlu gunakan supaya dapat tingkatkan like pada Fanpage anda dan Pengunjung ke laman web perniagaan anda :-

Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB

Like Warrior Untuk Blogger - Teknik Berkesan Dapatkan Like Secara Warrior

Samseng FB - Sistem Traffic Percuma FB

Robot FB - Hamba Pemasaran Anda

Pakej Software Untuk Newbie

Anda ingin tahu bagaimana anda boleh berjaya walaupun tanpa ada dan jual produk sendiri,saya ada jawapannya disini :-

Kursus Affiliate

Cara Buat Duit Dengan Google Adsense

Pakar Affiliate - Jana Wang Tanpa Ada Produk Sendiri

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah

Disini saya sediakan kepada anda cara bagaimana anda boleh berjaya
dengan membuat produk anda sendiri :-

Belajar Buat Website Pro Dalam Masa 3 Jam

Kerjaya Dari Rumah

Panduan Buat Baju Kurung Tradisional

Panduan Perakaunan - Untuk Syarikat dan Perniagaan Anda

Anda ada perniagaan,jom daftar perniagaan anda di Jom Niaga untuk pelbagai kemudahan dan dapat tingkatkan jualan produk anda :-

Daftar Perniagaan Anda Dengan Jom Niaga


#mencari sesuatu,fikir-fikirkan selalu.


Thursday, August 15, 2013

Renungan

Renungan

                                   Assalamualaikum

    Apa sahaja yang ada disekeliling kita tidak boleh memberikan manfaat ataupun mudarat kepada kita tanpa izin Allah Subhanawataala. Kita hari ini terlalu bergantung kepada hal-hal dunia. Sebenarnya kita ini kecil sahaja disisi Allah Subhanawataala. Allah tidak perlukan kita sebagai makhluknya tetapi kita yang memerlukan Allah Subhanawataala untuk kita terus hidup dan berjaya di dunia dan selamat di akhirat nanti. Kita ini ibarat kapal yang berada di lautan yang luas. Selagi air laut masih di luar kapal dan kapal masih di atas air laut maka kita akan selamat dan berjaya. Tetapi apabila air laut sudah masuk ke dalam kapal kita akan rosak binasa. Begitulah juga hati kita yang kecil ini. Apabila seluruh hal dunia, kekayaan, harta, pangkat dan darjat masih berada di luar hati kita, kita akan berjaya. Dan apabila hal dunia, kekayaan, harta, pangkat dan darjat sudah masuk ke dalam hati kita, kita akan lalai sehingga rosak kehidupan kita.
. “Mengapa umat hari ini jauh dari agama?” manusia hari ini jauh dari agama adalah kerana iman umat hari ini terlalu lemah. Jadi untuk memantapkan iman umat kita hari ini kenalah mantapkan iman kita sendiri dulu, kemudian keluarga kita dan barulah iman orang lain. Selagi iman kita di takuk lama maka jangan mimpi umat ini akan berubah kecuali dengan izin Allah SWT.
Ustaz Hadi menjelaskan bahawa selain itu, Allah SWT menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan iman amal.
Bermakna perniagaan yang seterusnya ada dakwah yakni mengajak manusia kepada kebenaran dan kebaikan. Setelah kita beriman dan beramal soleh maka kita kena dakwahkannya kepada orang lain terutama keluarga kita. Kepada yang belum bertudung, disuruh memakai tudung dan kepada yang sudah, hijablah secara sempurna. Dakwah supaya seluruh umat lelaki dapat taat perintah Allah, solat berjemaah di masjid atau surau; seluruh wanita memakai hijab yang sempurna; dan seluruh anak-anak taat perintah ibubapa, maka akan sejahteralah kehidupan penduduk di kariah kita, insyaAllah.
Kita sebagai orang biasa kita dakwah dengan mennunjukan akhlak yang mulia, supaya semua orang faham bahawa islam itu indah zahir dan batin. Iman diumpamakan sebagai akar pokok yang bertunjang. AKAR POKOK YANG BER TUNJANG merupakan asas kepada kekuatan pokok, tanpa akar pokok tunjang, maka pokok akan tumbang..,”


“begitulah ibaratnya IMAN dengan akar pokok tadi, iman merupakan asas pada agama, tanpa iman, maka robohlah keislaman kita..”
“AKAR YANG BERCABANG pada akar tunjang pula adalah SUNNAH NABI,iman ada 77 cabang?”
“Hadith riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh tujuh cabang dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” Jadi…, cabang akar pokok itu tadi umpama sunnah Nabi yang bercabang cabang itulah! Yang mana pokok yang kuat memiliki akar tunjang yang kuat dan banyak cabangnya, jadi individu islam yang kuat adalah teguhIMANnya dan banyak pula SUNNAH dalam diri”

“BATANG POKOK pula merupakan tiang ugama, dan ini mewakili SOLAT dalam islam, tanpa solat, maka segala amalan lain jadi sia-sia, begitu jugak pokok tanpa batangnya, maka tiadalah dahan, ranting, daun dan buah.., Manakala DAHAN pokok pula mewakili ILMU dalam islam yang mana banyak ilmu, maka banyaklah dahannya..”

“Tapi jika ilmu itu tidak ada hubungan dengan Allah, maka jadilah pokok itu banyak dahan tapi tidak berdaun, jadi macam pokok kering di padang pasir, tak boleh jadikan sebagai tempat berteduh, kerana DAUN pada pokok adalah mewakili kepada ZIKIR, yang mana lebatnya daun, dan banyak dahan umpama orang BERILMU DAN BERZIKIR”

“BUAH pada hujung dahan pula adalah sifat IKRAM MUSLIMIN yang ada pada diri orang islam yang menunaikan hak tanpa dirinya sendiri menuntut hak, seperti pokok yang memberi buah kepada orang yang berteduh.., langsung tidak menuntut hak.., manakala MANIS pada buah adalah KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang mana jika ikhlas, tentulah orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tak ikhlas, tentulah buah itu rasanya masam..”

“ Akhir sekali, BIJI dalam buah tadi itulah DAKWAH, kerana.., jika biji itu diletakkan pada tempat yang betul, disiram dan di bajai, maka akan muncul lagi pokok baru bersama ribuan biji yang lain, begitulah perumpaan ummat islam yang berdakwah kerana mereka ibarat biji pokok yang subur yang di campakkan kemana sahaja, akan tumbuhlah cahaya islam serta keimanan ibarat pokok yang akarnya teguh, batangnya tegap, dahannya kuat, daunnya rimbung, buahnya lebat, dan manis pula rasanya serta subur pula benihnya, SubhanAllah




 kita kena mempunyai sifat sabar. Inilah intipati seluruh kehidupan kita di muka bumi Allah ini. Kita kena sentiasa bersabar. Untuk kita ceritakan kepada orang mengenai agama ini, kita kena bersabar. Untuk kita amalkan agama ini, kita kena bersabar. Untuk kita dakwahkan agama ini kita kena bersabar.
 apa itu sabar? Sabar adalah keteguhan hati/jiwa untuk menghindari nafsu (yang cenderung menyeret ke kemaksiatan).
Adapun ungkapan “sabar separuh dari iman” (yang merupakan makna penuh sebuah hadis: “al-shabru nishful iimaan”), penjelasannya begini:
Kerana iman adalah gabungan dari pembenaran dan amal baik, maka ia memerlukan dua syarat: keyakinan dan kesabaran. Yang pertama, keyakinan, maksudnya adalah pengetahuan dan keyakinan kita akan adanya Allah SWT, para malaikat, para nabi, dan perkara-perkara lain yang harus diyakini (sesuai pengetahuan kita dari ayat-ayat dan sunnah Nabi). Dan kedua, kesabaran, maksudnya adalah amal perbuatan yang harus kita laksanakan dengan penuh keteguhan hati sesuai kerangka keyakinan kita. Kerana keyakinan/pengetahuanlah yang akan menunjukkan kita mana perbuatan baik (taat) dan mana yang buruk (maksiat).
Kemudian bila kita ada permasalahan maka kita minta pertolongan dengan Allah SWT, sebagaimana firman-Nya: “Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan shalat sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 153)
Oleh itu marilah kita berebut peluang keemasan ini untuk melakukan 4 jenis perniagaan yang menguntungkan ini, yakni:
·  Iman
·  Amal Soleh
·  Dakwah
·  Kesabaran
yang mana ganjaran cukup lumayan di sisi Allah SWT.
Oleh itu ayuh kita hayati hadis ini,
Dari Alqamah bin Harits ra, dia menceritakan, “Aku datang kepada Rasulullah saw dan aku adalah orang ketujuh di antara tujuh orang dari kaumku yang telah memeluk Islam. Lalu kami memberi salam kepada Rasulullah saw dan Beliau pun menjawab salam kami. Kemudian kami berbincang-bincang dengan Beliau  dan Beliau pun merasa takjub dengan pembicaraan kami, lalu Beliau bertanya, “Kalian ini siapa?” Kami menjawab, “Kami adalah orang yang beriman.” Beliau bertanya, “Setiap ucapan mempunyai hakikat (bukti), maka apakah hakikat keimanan kalian?”
Mereka menjawab, “Ada lima belas (15) bukti keimanan kami. 5 perkara yang telah engkau perintahkan kepada kami, 5 perkara yang telah diperintahkan oleh para utusan Engkau kepada kami, dan 5 perkara lagi sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kami sejak zaman jahiliyyah hingga sekarang, kecuali jika Engkau melarangnya.”
Maka Rasulullah saw bertanya, “Apakah lima perkara yang telah Aku perintahkan kepada kalian!” Mereka menjawab, “Engkau telah memerintahkan kepada kami supaya :
1.      Beriman kepada Allah
2.      Para Malaikat-Nya
3.      Kitab-Kitab-Nya
4.      Rasul-Rasul-Nya
5.      Taqdir Allah yang baik maupun yang buruk.”
Beliau bertanya, “Apakah 5 perkara yang diperintahkan oleh para utusanku kepada kalian?” Mereka menjawab, “Para utusan Engkau telah memerintahkan kepada kami supaya kami:
1.      Bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah Yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya dan bersaksi bahwa Engkau adalah utusan Allah.
2.      Mendirikan solat fardhu
3.      Menbayar zakat fardhu
4.      Puasa di bulan Ramadhan
5.      Menunaikan Ibadah Haji jika mampu.”
Beliau bertanya lagi, “Dan apakah 5 perkara yang sudah menjadi kebiasaan kamu sejak zaman jahiliyyah?” Mereka menjawab, “Kami senatiasa :
1.      Bersyukur di kala senang
2.      Bersabar di kala mendapat musibah
3.      Bertahan ketika berhadapan dengan lawan
4.      Redha dengan apa yang telah ditentukan Allah
5.      Tidak bergembira dengan musibah yang menimpa musuhnya.”


Setelah mendengar jawapan mereka, Rasulullah SAW berkata pada para sahabat, “Mereka adalah kaum yang pandai, mahir dalam tata cara berbicara, apa-apa yang dikatakan mereka hampir menyerupai para Nabi.” Lalu beliau tersenyum. Kemudian Beliau bersabda, “Aku menasihati kalian dengan 5 (lima) perkara supaya Allah menyempurnakan kebaikan yang ada pada diri kamu semua, iaitu :
1.      Janganlah kalian mengumpulkan sesuatu yang tidak kamu makan
2.      Janganlah mendirikan rumah yang tidak kamu diami
3.      Janganlah berlumba-lumba dengan dunia yang akan kamu tinggalkan
4.      Takutlah kepada Allah yang kepada-Nya kalian akan dikumpulkan dan akan dihadapkan
5.      Kumpulkanlah bekal untuk akhirat yang akan kamu tempati dengan kekal abadi di dalamnya!”
(HR Hakim, seperti terdapat dalam kitab Al Kanz jilid I halaman 69).


Tuesday, August 13, 2013

Tazkirah

Tazkirah

Assalamualaikum...

Setiap manusia diatas mukabumi ini berusaha. Setiap orang yang berusaha akan mendapat keyakinan atas apa yang diusahakan. Seorang petani yang usaha atas pertanian maka akan dapat keyakinan atas pertaniannya. Seorang peniaga yang usaha atas perniagaan maka akan dapat keyakinan untuk dapat sesuatu dari perniagaannya. Seorang pemerintah yang ada keyakinan atas pemerintahannya, yang usaha atas kuasanya maka akan datang keyakinan atas kuasanya. Setiap orang berusaha dan dalam hati mereka ada keyakinan atas usaha yang mereka telah lakukan.

Hari ini usaha atas agama telah ditinggalkan, usaha atas iman telah ditinggalkan oleh manusia. Oleh kerana itu, keyakinan atas agama telah keluar daripada hati manusia. Hari ini agama telah jadi satu benda yang ikhtiar dan infradi, satu benda pilihan dan bersifat peribadi. Sedangkan agama adalah bersifat ijtimai. Asalnya agama bersifat ijtimai dan umum. Agama perlu diamalkan secara ijtimai. Oleh kerana tiada usaha atas agama, maka dari hati orang Islam sendiri telah tidak ada keyakinan pada agama. Telah tidak ada penggantungan pada agama bahawa dengan agama kita akan dapat kejayaan. Punca utama ialah kerana usaha agama telah ditinggalkan.
Allah s.w.t telah janjikan hidayah dengan usaha mereka yang bermujahadah, berusaha dan bersusah payah. Usaha yang macam mana? Maulana kata ada banyak cara usaha tetapi usaha yang dikehendaki ialah usaha yang mengikut kehendak Allah s.w.t dengan cara yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w. Usaha yang mana Nabi s.a.w telah bangunkan sahabat-sahabat. Usaha yang mana Nabi s.a.w telah sediakan sahabat-sahabat. Melalui usaha itu, agama akan datang dalam kehidupan kita. Kita kena yakin dalam hati kita, bahawa satu-satunya cara yang pasti untuk dapat hidayat daripada Allah s.w.t adalah dengan perantaraan usaha dakwah illallah. Usaha tersebut hendaklah dijalankan dengan cara yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w. Kita kena buat usaha dengan cara yang dikehendaki oleh Allah s.w.t yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Kita kena pasak dalam hati kita bahawa hanya dengan usaha yang dibuat oleh Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat sahaja agama akan datang dalam kehidupan kita dan seluruh umat. Tidak ada cara lain. Usaha yang dibuat bukan dengan cara Nabi s.a.w dan sahabat, maka bukan agama yang akan datang tetapi di khuatiri kesesatan/fitnah yang akan datang. Dengan cara lain hidayat tidak akan datang.

Kalau dimana-mana disudut dalam hati kita ada sedikit keraguan, kita fikir dalam banyak-banyak usaha ini adalah salah satu usaha, dengan cara lain pun boleh dapat hidayat, kalau ada perasaan macam ini, tidak ada yakin dalam hati, maka dia tidak akan dapat hidayat. Allah s.w.t telah beritahu dengan sungguh-sungguh, mereka yang bermujahadah/bersusahpayah dengan cara yang Kami kehendaki, pasti dan pasti Kami akan bagi hidayah padanya. Kita kena ada keyakinan 100% bahawa bila buat usaha dengan cara yang dikehendaki oleh Allah s.w.t, dengan cara Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat, maka pasti hidayat akan datang. Usaha ini perlu dibangunkan secara ijtimai dalam umat ini barulah hidayat akan datang daripada Allah s.w.t.
Yakin akan datang dalam hati kita hanya dengan perantaraan dakwah. Agama akan datang dalam diri manusia hanya dengan perantaraan yakin. Maulana Ilyas rah. kata inilah jalannya untuk bina yakin, untuk bentuk yakin. Dengan perantaraan dakwah yakin akan dapat diubah, yakin akan dapat dibaiki. Inilah langkah yang pertama dalam usaha kita dan usaha semua nabi-nabi a.s iaitu untuk betulkan yakin. Bagaimana yakin dapat dibetulkan sehingga dalam hati kita tidak ada keyakinan selain daripada Allah s.w.t. Dalam hati ada keyakinan bahawa segala sesuatu hanya berlaku dengan kudrat Allah s.w.t, semua berlaku dengan perintah Allah s.w.t. Setiap perkara yang telah berlaku, akan berlaku, semuanya berlaku kerana perintah Allah s.w.t. Ini perkara yang paling asas. Ini perkara yang paling penting yang mana semua orang Islam kena faham. Kita kena rasa inilah keperluan yang paling penting. Inilah tanggungjawab yang pertama. Inilah tugas pertama kita iaitu untuk betulkan yakin. Yakin yang betul dalam hati dan bulat hanya pada Allah s.w.t.

Maulana Ilyas rah. begitu berhati-hati dalam perkara ini. Satu orang telah berkata ‘secara kebetulan benda ini berlaku’. Maulana Ilyas rah. sangat marah. Macam mana boleh kebetulan berlaku. Ini perkataan orang yang tidak percaya pada tuhan. Dengan kehendak Allah s.w.t semua berlaku. Dengan perintah Allah s.w.t perkara ini telah berlaku. Untuk betulkan yakin kita, pertama sekali kena betulkan percakapan kita, kena betulkan fikir kita. Dalam kehidupan kita 24 jam tidak ada satu perkataan pun yang keluar dari mulut kita yang bertentangan dengan kalimah lailahaillallah. Fikir kita, percakapan kita, pandangan kita, tidak ada sedikit pun yang bertentangan dengan kalimah lailahaillallah. Hari ini, dari pagi sampai petang, siang dan malam, percakapan kita, fikir kita, pendengaran kita, semua bertentangan dengan kalimah lailahaillallah. Dalam keadaan macam ni, bagaimana yakin kita boleh betul?

Pertama sekali kita kena betulkan percakapan kita, fikir kita dan setiap orang Islam kena fikir ini kerja dia dan tanggungjawab dia. Setiap hari pergi jumpa manusia, cakap tentang kebesaran Allah, cakap tentang kehebatan Allah, cakap tentang kalimah lailahaillallah. Hari ini timbul salah faham dalam diri orang Islam sendiri, kita menyangka dakwah iman, dakwah kalimah adalah untuk orang kafir, bukan untuk orang Islam. Kenapa saya perlu dakwah kalimah sedangkan saya sudah Islam? Dalam Quran Allah s.w.t telah terangkan bahawa orang yang paling berhak atas kalimah adalah orang Islam. Tuanpunya kalimah ini ialah orang yang beriman. Dalam Quran, Allah s.w.t telah perintah orang yang beriman supaya berterusan beriman pada Allah s.w.t. ‘Wahai orang-orang yang telah beriman, berimanlah kamu’. Yakni kamu kena usaha atas iman kamu sehingga dapat datang agama yang sempurna dalam kehidupan kamu. Keseluruhan hidup kamu mengikut hukum ahkam Allah s.w.t. Usaha atas iman ini adalah perintah Allah s.w.t.

Nabi s.a.w telah perintahkan para sahabat r.a mentajdidkan iman mereka. Walaupun sahabat mempunyai iman macam gunung, masih lagi nabi s.a.w menyuruh mereka mentajdidkan iman mereka. Usaha atas kalimah adalah keperluan orang Islam, bukan untuk orang kafir. Kena usaha atas iman sehingga dapat hasilkan iman yang mantap, iman yang kuat, iman yang sempurna pada Allah s.w.t sehingga keseluruhan agama dapat datang dalam kehidupan. Seluruh Quran telah datang dalam kehidupan sahabat r.a dengan perantaraan yakin. Sahabat kata, ‘kami belajar iman sebelum kami belajar Quran’. Mereka betulkan yakin mereka, dan keseluruhan Quran telah dapat mereka amalkan dalam kehidupan.
Perkara pertama yang kita dan seluruh umat kena faham bahawa kita perlu usaha atas iman. Inilah tanggungjawab saya, inilah kefarduan atas diri saya. Untuk betulkan iman saya, untuk betulkan yakin saya, saya kena lapangkan masa jumpa manusia untuk cakap tentang kalimah lailahaillallah, cakap tentang mahfum kalimah. Saya kena pergi rumah ke rumah jumpa manusia. Dalam percakapan, dalam muzakarah, dalam perbincangan, 24 jam, saya tidak boleh cakap perkataan yang bertentangan dengan kalimah lailahaillallah. Kita kena cakap tentang kalimah ini lagi dan lagi sebagaimana sahabat-sahabat telah buat. Sahabat telah pegang tangan sahabat yang lain, duduk sama-sama, mereka berbincang tentang iman, tentang kebesaran Allah, tentang kudrat Allah s.w.t. Kita kena rasa ini tanggungjawab kefarduan atas diri saya.



Dalam kalimah ini, pertama sekali kita kena nafi. Kita kena nafikan selain dari Allah, semuanya tak boleh buat apa-apa, yang berkuasa hanya Allah s.w.t. Tujuh petala bumi, tujuh petala langit, dari sebesar makhluk hinggalah sekecil makhluk, semuanya tidak boleh buat apa-apa, tidak ada kuasa untuk bagi menafaat atau mudharat. Yang berkuasa hanya Allah s.w.t. Sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah nafikan segala-galanya, telah nafikan benda-benda yang bergerak, nafikan bintang, nafikan bulan, nafikan matahari, juga nafikan benda yang tidak bergerak, nafikan berhala-berhala. Beliau telah pecahkan berhala-berhala tersebut. Beliau telah nafikan segala-galanya. Beliau telah mentauhidkan Allah s.w.t. Beliau telah hadapkan tawajjuh beliau hanya pada Allah s.w.t. Beliau bukan hanya kata dengan lidah, bahkan beliau telah buktikan dengan amalannya. Pada ketika beliau hendak dicampak ke dalam api oleh Namrud, maka malaikat Jibrail a.s telah bawa malaikat yang jaga air, malaikat yang jaga gunung untuk bantu Ibrahim a.s tetapi pada ketika itu beliau tidak jadikan malaikat-malaikat sebagai perantaraan. Beliau telah berpaling dari malaikat, beliau tidak berhajat pada malaikat. Beliau tidak letak apa pun antara beliau dengan Allah s.w.t. maka bantuan Allah telah datang secara langsung kepada Ibrahim a.s. Tanpa asbab, Allah s.w.t bantu Ibrahim a.s. Allah s.w.t perintah api supaya jadi selamat dan sejahtera untuk Ibrahim a.s.
Inilah perkara yang kita hendak belajar dari kisah Ibrahim a.s bahawa kita tidak boleh letak apa-apa antara kita dengan Allah s.w.t. Keyakinan kita hanya pada Allah s.w.t. Hari ini, secara umumnya di seluruh dunia telah berlaku salah faham yang amat besar dikalangan orang Islam kerana mereka telah letakkan antara mereka dengan Allah s.w.t, asbab-asbab kebendaan dunia. Maulana Yusuf rah.[4] kata syarat pertama untuk seseorang itu ambil faedah daripada kudrat Allah s.w.t, daripada khazanah Allah s.w.t, dia kena buang langsung, tidak ada sedikit pun dalam hati dia keyakinan pada asbab kebendaan. Dia kena bersihkan keyakinan hati dia selain dari Allah s.w.t. Hari ini, orang Islam cuba ambil faedah daripada kudrat Allah s.w.t untuk selesaikan masalah dengan perantaraan benda dunia. Maulana Yusuf rah. kata orang kafir pun buat, orang kafir pun pandai, orang kafir pun tahu iaitu ambil faedah dari khazanah Allah s.w.t melalui benda-benda dunia.

Allah s.w.t pencipta, Allah s.w.t pemberi rezeki tetapi orang kafir letak benda-benda asbab antara mereka dengan Allah s.w.t. Hari ini, orang Islam letak kedai, letak kilang, letak wang ringgit sebagai perantaraan untuk dapat daripada Allah s.w.t. Sebenarnya, untuk dapat secara langsung daripada khazanah Allah s.w.t, adalah dengan perantaraan amal, bukan asbab. Perkataan yang keluar dari mulut orang Islam sendiri yang mengatakan dunia darul asbab, untuk dapat dari Allah s.w.t kena ada asbab. Ini tidak betul. Maulana Yusuf rah. kata syarat untuk dapat faedah/bantuan daripada Allah s.w.t kena buang asbab dari hati. Kena keluarkan keyakinan asbab dari hati.
Ini perkara yang penting yang kita kena usaha, kena sedar, kena faham, kita perlu usaha atas iman agar datang dalam hati keyakinan yang bulat hanya pada Allah s.w.t. Percakapan kita mestilah percakapan yang mengagungkan Allah s.w.t. Percakapan tentang kehebatan Allah s.w.t. Perkara ini sangat penting sehingga baginda Rasulullah s.a.w sendiri, seorang nabi, bila ditanya tentang ashabul kahfi, maka nabi s.a.w telah kata baginda akan bagi jawapan esok. Baginda terlupa hendak kata insya’Allah. Maka 15 hari wahyu tidak turun. Selepas 15 hari baru wahyu turun. Allah s.w.t tegur nabi s.a.w kerana tidak kata insya’Allah, iaitu ‘sekiranya diizinkan oleh Allah, saya akan jawab’. Begitu sekali kita kena jaga percakapan kita. Setiap perkara yang berlaku, akan berlaku, telah berlaku, semuanya dinisbahkan hanya pada Allah s.w.t. Semua berlaku dengan kehendak Allah s.w.t. Inilah usaha yang pertama yang kita kena buat, cakap kebesaran Allah.
Pertama, kita perlu meyakini yang berkuasa hanya Allah s.w.t. Kedua, cara untuk dapat daripada Allah s.w.t hanya dengan cara Nabi, muhammadurrasulullah. Makna beriman pada Rasulullah s.a.w ialah kita meyakini akan segala apa yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. Nabi s.a.w menyampaikan kepada kita janji-janji Allah, perkara-perkara yang ghaib, tentang syurga, neraka, akhirat. Bila kita meyakini janji-janji Allah s.w.t tersebut, meyakini segala apa yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w, semata-mata percayanya kita pada Nabi s.a.w, itu adalah iman. Tanpa perkara ini, iman kita tidak sempurna. Syarat untuk iman kita diterima oleh Allah s.w.t., syarat untuk kesempurnaan iman ialah kita kena meyakini 100% segala yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w pada kita walaupun kita tidak nampak. Di zaman Nabi, sahabat, orang kafir dan orang musyrik semua dengar perkataan nabi. Sahabat dengar perkataan nabi dengan penuh yakin. Benarlah kata-kata Allah dan Rasul. Orang musyrik dengar tetapi mereka kata, apa yang terjadi semua tipu belaka.
Bila berlaku sesuatu keadaan, orang beriman lihat pada janji Allah akan tetapi orang munafik bila berlaku sesuatu keadaan, mereka lihat pada keadaan tersebut, mereka tidak lihat pada janji Allah. Dalam perang Khandak, bila berlaku tekanan, orang beriman lihat pada janji Allah. Mereka yakin 100% apa yang Allah dan Rasul janji. Orang munafik dalam syak. Mereka tidak yakin bahkan mereka kata ini semua tipudaya belaka. Hari ini pun, orang Islam diseluruh dunia, bila berlaku keadaan, ramai orang Islam yang lemah iman, mereka mula sangsi dan syak pada janji Allah s.w.t. Sebagaimana orang munafik lihat apa yang berlaku pada sahabat dalam perang Khandak, mereka syak dan kata macam-macam, mereka kata janji Nabi s.a.w tidak betul. Orang beriman, apa pun keadaan yang berlaku, yakin dia 100%, tidak ada sedikit pun keraguan atas apa yang Allah dan Rasul telah janjikan. Sahabat-sahabat telah diuji atas keimanan mereka, diuji atas keyakinan mereka pada nabi s.a.w. Ujian yang pelik-pelik.
Satu ketika, Nabi s.a.w telah beli seekor kuda daripada seorang arabi. Akad telah berlaku. Telah berlaku jual beli cuma pada ketika itu Nabi s.a.w tidak bawa duit. Nabi s.a.w ajak arabi itu ikut baginda untuk pergi ambil duit. Dua-dua pihak telah bersetuju. Dalam perjalanan, ada satu orang tawarkan pada arabi itu untuk beli kuda tersebut. Setelah berbincang, arabi itu bersetuju untuk jual kuda pada orang kedua. Dia kata, ‘wahai Muhammad, kamu nak beli kuda ni?’ Nabi s.a.w kata, ‘aku dah beli kuda itu, kita sudah bersetuju’. Arabi tu kata, ‘aku tak jual pun lagi kuda ni pada kamu’. Dia telah nafikan kata-kata Nabi s.a.w. Arabi tu kata, ‘kalau betul kata-kata kamu, bawakan saksi, tiada siapa pun lihat akad jual beli tersebut’. Satu orang sahabat, Huzaimah bin Sabit, lalu di situ dan dia kata aku sedia jadi saksi. ‘Aku bersaksi bahawa baginda s.a.w telah beli kuda kamu’. Rasulullah s.a.w tanya pada Huzaimah, ‘kenapa kamu berani jadi saksi atas perkara yang kamu tidak lihat’. Huzaimah kata, ‘wahai Rasulullah, kamu telah beritahu pasal syurga, neraka, mizan, mahsyar, kubur, kehidupan selepas mati, semua itu kami tidak nampak, tetapi kami yakin 100% apa yang telah nabi kata. Takkanlah perkara yang kecil macam ini kami tidak boleh percaya’. Begitu sekali yakin para sahabat kepada Nabi s.a.w. Sejak dari itu, Nabi s.a.w kata kekuatan saksi Huzaimah sama dengan dua orang.

Inilah usaha yang kita kena buat. Jalan untuk dapat iman, yakin yang sempurna pada Allah dan Rasul. Pertama, hanya Allah yang berkuasa, hanya Allah yang buat segala-galanya. Kedua, caranya ialah cara Rasulullah. Tiada cara lain untuk kita ambil dari Allah hanya dengan cara perantaraan amal Nabi s.a.w. Hari ni, orang-orang Islam telah mengganggap bahawa cara untuk dapat dari khazanah Allah adalah dengan perantaraan asbab, dengan perantaraan makhluk, benda-benda dunia. Mereka jadikan kedai mereka, ladang mereka, sebagai perantaraan untuk dapat dari Allah padahal dalam asbab, dalam benda-benda tidak ada janji Allah. Janji Allah s.w.t semata-mata di dalam amal dengan cara muhammadurrasulullah.
Allah s.w.t telah ciptakan asbab untuk manusia sebagai imtihan, sebagai ujian bagi manusia. Allah s.w.t hendak tengok hamba-hambanya adakah mereka datang kepada Allah dulu atau pergi pada asbab dulu. Allah hendak tengok, bila kita ada masalah atau mengalami sesuatu keadaan maka kita pergi pada Allah dulu, kita tawajjuh pada Allah dan kita guna cara yang Allah telah beri, cara yang mana ada janji Allah dengan perantaraan amal. Dengan perantaraan amal segala masalah kita akan diselesaikan oleh Allah s.w.t. Kalau satu orang telah pergi pada asbab dulu, tidak pergi pada Allah s.w.t terlebih dulu, maknanya dia telah utamakan asbab dan Allah s.w.t tidak akan selesaikan masalah dia.

Hari ini, orang Islam fikir, kita boleh buat asbab cantik-cantik, tanggungjawab untuk usaha atas asbab, yang sempurnakan Allah s.w.t. Usaha atas kedai, usaha atas ladang, usaha atas kilang dan kedepankan pada Allah s.w.t. ‘Aku sudah usaha, Engkau bagilah rezeki’. Itu bukan caranya. Caranya ialah dengan amal, dengan perantaraan solat, perantaraan doa, dengan perantaraan amal kita kedepankan pada Allah s.w.t maka bantuan Allah s.w.t akan datang pada kita. Sebagaimana sahabat-sahabat, bila mereka menghadapi sesuatu keadaan, mereka akan kedepankan amal, mereka dahulukan amal daripada asbab. Hari ini kita buat asbab dahulu, bila asbab tidak berjaya, selepas itu baru minta dengan Allah s.w.t. Sahabat pergi pada Allah s.w.t dahulu. 2 keadaan berlaku samada Allah s.w.t bagi bantuan pada mereka dengan amal mereka tanpa perlu pergi pada asbab iaitu tanpa asbab Allah s.w.t bantu mereka dan kadang-kadang Allah s.w.t bagi bantuan dengan perantaraan asbab. Sahabat buat amal dan juga asbab tetapi mereka dahulukan amal.
Perkara ini kita kena cerita lagi dan lagi. Bantuan ghaib Allah s.w.t pada sahabat dan bantuan ghaib Allah s.w.t pada nabi-nabi dan rasul-rasul. Ini bukan semata-mata sejarah. Hari ini kita baca, kita tulis kisah nabi sebagai satu sejarah sedangkan kisah nabi-nabi, kisah rasul, bantuan ghaib Allah s.w.t pada nabi dan rasul, bantuan ghaib Allah s.w.t pada sahabat, perkara ini dituntut untuk dicerita lagi dan lagi untuk bentuk iman kita. Dalam Quran Allah s.w.t cerita kisah nabi-nabi pada Rasulullah s.a.w. Allah berfirman, ‘Kami ceritakan pada kamu kisah nabi-nabi dahulu yang akan memantapkan hati kamu’. Allah perintahkan nabi s.a.w ceritakan pada sahabat. Perlu dicakap lagi dan lagi dalam dakwah kita supaya timbul dalam hati kita keyakinan pada bantuan Allah.

Hari ini orang kata mereka sahabat, mereka dapat bantuan kerana mereka sahabat nabi, kita bukan sahabat, kita kena guna asbab, kita kena usaha atas asbab. Sahabat dapat bantuan Allah s.w.t kerana amal yang diyakini. Janji bantuan Allah s.w.t terbuka hingga hari kiamat. Bukan khas untuk sahabat-sahabat sahaja. Allah s.w.t berfirman dalam Quran,‘Kami pasti dan pasti akan bantu rasul Kami dan orang-orang yang beriman pada hari akhirat’. Allah s.w.t telah berjanji untuk bantu orang-orang yang beriman. Bantuan Allah s.w.t bukan khusus untuk para sahabat sahaja. Janji Allah s.w.t untuk setiap orang beriman hingga hari kiamat. Jika kita dapat wujudkan amal yang sama yang telah wujud dalam diri sahabat, kita juga akan dapat bantuan secara langsung daripada Allah s.w.t sebagaimana sahabat-sahabat.

Dalam hadith diberitahu, satu orang beriman hari ini sama dengan 10 orang sahabat dan ganjaran untuk satu orang beriman hari ini sama dengan 50 orang sahabat. Sahabat tanya, ‘adakah 50 orang dikalangan mereka?’ Nabi s.a.w jawab, ‘tidak, sama dengan 50 orang dikalangan kamu’.

Satu orang yang terima bantuan ghaib daripada Allah s.w.t di dunia, ini bukanlah maksud. Maksud amal ialah untuk dapat keredhaan Allah s.w.t. Tanda sempurna iman seseorang itu bukanlah sebab dia dapat bantuan ghaib Allah s.w.t. Nabi s.a.w ditanya, ‘apa tanda iman?’. Nabi tidak kata tanda iman ialah bila seseorang itu dapat bantuan ghaib daripada Allah s.w.t. Nabi kata, tanda iman ialah bila buat amal baik kamu rasa gembira, dan bila buat benda yang buruk kamu rasa sedih. Kita kena cerita tentang iman dan cerita tentang tanda-tanda iman.
Satu kumpulan sahabat telah datang jumpa Nabi s.a.w. Mereka kata dalam diri mereka ada 15 sifat. 5 perkara yang kamu perintah kami beriman dengannya. 5 perkara yang kamu perintah kami beramal dengannya. 5 perkara yang telah ada dalam diri kami sejak zaman jahiliyah lagi.

5 perkara yang kamu perintah kami beriman:

§ beriman kepada Allah dan Rasul
§ beriman kepada malaikat
§ beriman kepada kitab-kitab
§ beriman kepada hari akhirat
§ beriman kepada takdir

5 perkara yang kamu perintah kami beramal:

§ kalimah lailahaillallah muhammadurrasulullah
§ solat
§ zakat
§ puasa di bulan Ramadhan
§ haji
5 perkara yang sedia ada dalam diri kami:
§ sabar ketika susah
§ syukur ketika senang
§ redha dengan keputusan Allah
§ berani berhadapan dengan musuh
§ bila musuh ditimpa kesusahan, kami tidak gembira musibah yang menimpa mereka

Nabi s.a.w kata mereka ini adalah orang-orang yang faqih. Faqih ialah orang yang mempunyai kefahaman yang sempurna tentang agama. Nabi s.a.w telah iktiraf mereka sebagai fuqaha, udabaq. Maulana kata, kalau kamu mahir macam mana pun dalam bahasa arab, kamu tidak boleh sampai ke tahap kemahiran Abu Jahal. Nabi s.a.w kata mereka ini faqih, fuqaha, udabaq. Kalau pintu kenabian masih terbuka, mereka ini layak untuk jadi nabi kerana ketinggian sifat yang mereka miliki. Ini sifat-sifat yang patut ada pada setiap orang beriman. Sifat orang beriman, sabar dan syukur. Keseluruhan sifat iman terkumpul dalam 2 perkara ini. Satu orang yang mempunyai sifat sabar dan syukur yang sempurna pada Allah s.w.t maka dia ialah seorang yang mempunyai iman yang sempurna pada Allah s.w.t. Ini tanda iman.

Hari ini kita faham sabar itu ialah bila satu orang dipukul, dia tahan atas pukulan tersebut, maka dia orang yang sabar. Satu orang yang dapat nikmat, dapat kesenangan maka dia kata dia bersyukur pada Allah s.w.t. Kedua-dua ini bukan syukur dan bukan sabar.

Sabar adalah kita menahan diri kita daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Syukur adalah kita menggunakan diri kita menurut perintah/kehendak Allah s.w.t.
Walaupun tiada makanan untuk dimakan, tiada pakaian untuk dipakai, tiada duit untuk dibelanja, dia boleh jadi satu orang yang bersyukur pada Allah s.w.t apabila dia guna apa yang dia ada ikut kehendak dan perintah Allah s.w.t. Ibadat bukan balasan bagi nikmat. Satu orang yang dapat nikmat, sebagai balasan, dia beribadat pada Allah s.w.t. Ibadat adalah hak Allah s.w.t.

Iman adalah Ä“taat. Tanda iman dalam diri seseorang ialah dia ada sifat taat pada perintah-perintah Allah s.w.t. Ibadat adalah hak Allah s.w.t. Kalau seseorang itu, seumur hidup dia Allah s.w.t tidak bagi dia sesuap makanan, tidak bagi seteguk air pun, Allah tidak bagi apa-apa nikmat pun pada dia, pun dia tetap kena beribadat pada Allah s.w.t. Nikmat-nikmat dunia bukanlah balasan bagi ibadat kerana dunia ini begitu hina disisi Allah s.w.t. Dunia tidak layak jadi balasan untuk ibadat. Satu orang yang telah mati, minta izin dengan Allah s.w.t untuk kembali ke dunia untuk ucap satu subhanallah. Dia sanggup korbankan harta seluruh dunia untuk kembali dan buat satu amal, pun Allah s.w.t tidak terima. Ini menunjukkan seluruh dunia ini tidak ada nilai dibandingkan dengan satu subhanallah. Kalau seluruh manusia, semua taat perintah Allah s.w.t, beriman pada Allah s.w.t, beribadat pada Allah s.w.t dan Allah s.w.t tidak bagi apa-apa balasan di dunia, itu pun hak Allah s.w.t. Kalau seluruh manusia beribadat dan Allah s.w.t masukkan semua ke dalam neraka, itu pun hak Allah s.w.t. Tiada siapa pun ada hak untuk tanya Allah s.w.t, ‘kenapa?’ Ibadat adalah semata-mata hak mutlak Allah s.w.t dan setiap hamba Allah kena beribadat pada Allah s.w.t.
Apa yang kita faham ialah bila kita ditimpa musibah kita hendaklah bersabar, nanti bantuan Allah s.w.t akan datang. Bantuan Allah s.w.t tidak akan datang, keadaan tidak akan berubah melainkan dalam diri kita ada sabar dan taqwa. Kedua-dua sifat kena ada serentak. Kalau cuma hanya ada sabar, taqwa tidak ada, maka musibah yang datang disebabkan dosa-dosa yang kita telah lakukan, kesusahan tersebut tidak akan terangkat semata-mata hanya dengan bersabar. Sabar kena datang dengan taqwa. Dalam Quran, Allah sebut sabar dan taqwa sekali. Kedua-dua sifat kena ada dalam diri, barulah bantuan Allah s.w.t akan datang dan Allah s.w.t akan ubah keadaan.

Maulana Yusuf rah. bagi misal, satu orang sabar tanpa taqwa, seperti seorang pencuri kena tangkap. Polis pukul dia. Dia doa azab untuk polis. Azab Allah s.w.t tidak akan turun pada polis itu. Kenapa? Kerana pencuri tidak ada taqwa. Dia cuma sabar sahaja. Allah s.w.t tidak terima doa buruk dia pada polis. Untuk dapat bantuan Allah s.w.t, untuk Allah s.w.t ubah keadaan yang menimpa orang Islam kena ada sifat sabar dan taqwa.

Dalam Quran, Allah s.w.t cerita kisah Nabi Yusuf a.s. Seluruh kisah Nabi Yusuf a.s berkisar pada kedua-dua sifat sabar dan taqwa. Allah s.w.t telah ubah keadaan beliau dan keluarkan beliau dari segala masalah. Begitu juga dengan bani Israil dan Nabi Musa a.s. Allah s.w.t telah keluarkan Nabi Musa a.s dan bani Israil dari cengkaman Firaun dan Allah s.w.t binasakan Firaun. Orang Islam doa laknat/keburukan banyak manapun atas musuh, Allah s.w.t tidak akan ubah keadaan, bantuan Allah s.w.t tidak akan datang, musibah tidak akan hilang selagi sabar dan taqwa tidak ada dalam diri.
Orang Islam amalkan agama tetapi masih gagal. 2 sebab kegagalan. Pertama, kerana orang Islam tidak ada keyakinan bahawa kejayaan dalam agama. Kedua, kerana mengganggap setakat beberapa amal yang dia telah lakukan itu adalah agama. Agama adalah himpunan keseluruhan amal. Ibadat adalah satu himpunan hukum-hukum Allah s.w.t. Mentaati segala hukum-hukum tersebut dipanggil ibadat. Maulana Zakaria rah. kata ibadat ada 10 perkara. Solat, puasa, zakat, haji, zikir, tilawah, tijarah, dakwah, ihtimam (ambil berat) akan sunnah dan tunaikan hak-hak jiran. Satu orang yang hendak dapat kejayaan kena amalkan agama yang sempurna dalam kehidupan. Dari segi dunia, bila asbab tidak sempurna maka tidak akan memberikan hasil seperti yang dikehendaki. Sedangkan ianya tidak ada janji Allah s.w.t. Kalau lengkap pun masih tidak ada janji Allah s.w.t.

Adakah dengan agama yang tidak sempurna kita boleh dapat kejayaan? Untuk dapat kejayaan dari Allah s.w.t, pertama kena ada yakin bahawa dengan agama kita akan dapat kejayaan. Kedua, kita kena amalkan agama yang sempurna dalam kehidupan. Oleh itu, usaha dakwah yang kita buat hari ini adalah dakwah kepada agama yang sempurna. ‘Deen yang kamil’, dengan membawa agama yang sempurna dalam kehidupan.
Usaha kita bukan cakap sahaja. Bahkan kita kena tunjukkan, musyahadahkan agama yang sempurna dalam diri kepada manusia. Ini yang berlaku pada sahabat-sahabat. Sahabat pergi ke seluruh dunia, mereka bawa agama yang sempurna secara amali dalam kehidupan mereka. Seorang sahabat sudah cukup untuk hidayat satu negara. Hari ini, banyak jemaah bergerak ke seluruh dunia tetapi masih belum cukup untuk hidayat seluruh dunia. Kenapa? Kita kena bergerak dengan membawa agama yang sempurna dalam diri. Bukan hanya cakap tentang iman, bukan hanya dakwah dengan percakapan, bahkan kita juga kena dakwah dengan amalan. Sahabat-sahabat bergerak dengan membawa agama yang sempurna dalam kehidupan dan jadi asbab hidayat untuk seluruh dunia. Kita kena buat usaha dengan penuh yakin, tarbiyah/taskiah (bersih) untuk diri dan hidayat untuk seluruh alam. Hidayat seluruh alam adalah pasti bila buat usaha yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w dan para sahabat. Dengan usaha dakwah, Allah s.w.t akan ubah yakin dan keadaan.

Allah s.w.t telah jelaskan dalam Quran pasal satu kaum yang mana Allah s.w.t telah buat keputusan untuk dibinasakan sebab maksiat yang mereka telah buat. Satu golongan cuba untuk nasihatkan mereka supaya mereka berhenti daripada maksiat. Satu golongan orang-orang soleh yang tidak buat maksiat telah tegur orang yang cuba hendak ubah tadi. Apa faedah yang kamu dapat bila bagi nasihat pada mereka sedangkan Allah s.w.t telah buat keputusan untuk binasakan mereka. Golongan yang buat usaha tadi jawab, pertama, supaya kami tunaikan tanggungjawab kami pada Allah. Kedua, moga-moga mereka akan bertaqwa dan tinggalkan maksiat tersebut. Kaum yang Allah telah buat keputusan pun diharap mereka boleh berubah apabila mereka didakwahkan. Kita kena yakin dengan perantaraan dakwah Allah akan ubah yakin dan ubah keadaan. Kaum yang telah diberi peringatan, mereka masih dalam maksiat, Kami telah selamatkan mereka-mereka yang telah beri peringatan tadi. Satu orang yang buat dakwah dengan yakin, pasti dia akan selamat dari azab Allah. Kalau tidak, bila Allah s.w.t turunkan azab, semua akan kena, orang soleh yang tidak buat maksiat pun akan ditimpa azab. Hanya mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya mereka untuk ubah keadaan tadi, mereka akan diselamatkan oleh Allah s.w.t. dalam hadith, ibarat macam dalam kapal. Satu orang tebok lubang. Yang akan binasa/lemas, bukan orang yang tebok sahaja, bahkan seluruh penghuni kapal akan tenggelam. Ahli ibadat, ahli zikir, orang soleh, orang maksiat, semua sekali akan tenggelam bersama dengan orang yang tebok kapal tadi. Kecuali orang yang larang. Orang yang telah berusaha untuk menegah daripada tebok lubang.

Masalah di depan kita bukan hanya masalah diri kita sahaja. Masalah hari ini adalah masalah seluruh alam, seluruh manusia. Kita dipertanggungjawabkan untuk seluruh manusia di seluruh dunia. Allah s.w.t akan ambil kerja dari mereka yang dalam hati dia ada fikir bagaimana agama yang sempurna dapat datang dalam diri saya dan diri seluruh umat di seluruh alam. Bagaimana agama dapat diamalkan 100% di seluruh dunia. Ini tanggungjawab kita. Satu orang yang buat maksiat, kalau kita tidak usaha atas dia, maka dia akan jadi asbab turunnya azab Allah dan semua akan binasa.
Kita kena yakin dengan usaha Nabi s.a.w yang akan dapat hidayat dari Allah s.w.t. Nabi s.a.w berada di jalan yang lurus dan Nabi s.a.w bawa manusia ke jalan yang lurus. Satu orang yang berada di jalan yang lurus maka dia akan dapat Allah. Satu orang sahabat telah dakwah kaum dia dari pagi hingga petang, seluruh kaum dia telah masuk Islam. Bila orang kafir didakwahkan dan kesannya ialah masuk Islam, apatah lagi orang Islam sendiri yang didakwahkan kepada Islam. Baginda s.a.w telah jadikan setiap orang sahabat sebagai da’i. Jin-jin juga telah beriman kepada nabi s.a.w dan mereka juga dijadikan da’i. Allah s.w.t telah utuskan Nabi s.a.w untuk manusia dan jin. Satu kumpulan jin telah dengar bacaan Quran Nabi s.a.w. Mereka telah beriman pada Nabi s.a.w dan kembali kepada kaum mereka dan dakwah kaum mereka masuk Islam. ‘Sahutlah seruan nabi yang telah dihantar oleh Allah s.w.t’. Jin-jin juga telah buat kerja dakwah.

Setiap sahabat adalah da’i, tidak kira dari golongan mana, kabilah mana, kulit putih, kulit hitam, negara mana, tidak kira siapa sahaja tanpa pengecualian, setiap orang adalah da’i. Secara ummumi setiap orang terlibat dalam dakwah. Kerja dakwah bukan untuk orang tertentu sahaja. Kerja dakwah adalah kerja setiap umat nabi s.a.w. Setiap orang yang beriman kepada Nabi s.a.w bertanggungjawab untuk buat kerja dakwah. Inilah kerja umat nabi s.a.w. Setiap lapisan umat perlu dibangunkan atas kerja dakwah. Bila tidak ada ummumiat dalam usaha dakwah, telah menjadi sebab utama terjadi kemurtadan dalam umat ini.
Bila usaha dakwah dibuat secara ummumiat maka pintu untuk orang masuk Islam akan terbuka luas dan pintu untuk orang Islam keluar dari Islam akan tertutup rapat. Bila kerja dakwah tidak dibuat, pintu untuk orang masuk Islam telah ditutup dan pintu untuk orang Islam keluar dari Islam telah dibuka. Maulana pesan baca kitab hayatus sahabah. Jadikan kitab ini sentiasa kita mentelaah khususnya untuk orang yang buat usaha ini. Apakah bentuk/cara usaha yang sahabat-sahabat telah buat dan umat nabi kena ikut. Bila baca kitab hayatus sahabah akan terbentuk mizaj seorang da’i. Fikir, sifat, tabiat sebagai seorang da’i.

Dalam hayatus sahabah ada satu kisah bagaimana Ikrimah bin Abu Jahal. Ikrimah ialah anak kepada Abu Jahal. Abu Jahal musuh Islam yang besar. Anaknya telah masuk Islam dan menjadi pejuang Islam dan telah korbankan nyawa untuk Islam. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Bila Nabi s.a.w dapat tawan kota Mekah, Ikrimah telah lari keluar dari Mekah. Dia telah naik sampan menuju ke arah Yaman. Ditengah laut, datang ribut taufan. Sampan hendak tenggelam. Dia kata pada pembawa sampan, apakah cara untuk selamat? Pembawa sampan tadi tidak tanya kamu pandai berenang atau tidak. Dia kata kalau nak selamat kamu kena ucap kalimah ikhlas. Dakwah telah jadi ummumiat di zaman nabi s.a.w. Pembawa sampan pun buat dakwah. Dalam keadaan genting macam itu pun dia buat dakwah. Ikrimah tanya apa itu kalimah ikhlas? Dia jawab, lailahaillallah. Ikrimah kata kerana hendak lari dari kalimah itulah aku datang sini. Aku hendak lari ke Yaman sebab aku hendak lari dari Nabi s.a.w. Ditepi pantai, isteri dia bagi isyarat supaya dia balik. Kisah yang panjang, akhirnya Ikrimah telah masuk Islam. Bila dakwah telah dijalankan secara umum, orang yang hendak lari dari Islam, jalan telah ditutup, dia terpaksa masuk Islam. Hari ini dakwah tidak dijalankan secara umum. Kita anggap kerja dakwah ini kerja golongan orang tertentu sahaja. Bila hilang ummumiat dalam usaha dakwah, pintu kemurtadan telah terbuka luas. Kita kena usahakan setiap umat atas kerja dakwah.
Kita mengganggap usaha yang dibuat sekarang ini berlainan dengan usaha yang dibuat oleh sahabat. Maulana Yusuf rah. berkali-kali kata inilah usaha yang sahabat telah buat. Usaha yang sama, kerja yang sama. Selagi kita tidak yakin ini adalah usaha yang telah dibuat oleh sahabat-sahabat, selagi itulah Allah s.w.t tidak akan datangkan kesan sebagaimana kesan yang Allah s.w.t telah datangkan pada sahabat. Bantuan, ganjaran, nusrah, pahala, fadhilat, kelebihan yang sahabat dapat, kita tidak akan dapat selagi mana kita anggap usaha yang kita buat tidak sama sebagaimana usaha yang sahabat telah buat. Kita kena letakkan kelebihan/ganjaran yang Allah s.w.t telah janji di depan kita. Maulana kata kita kena selalu baca kitab hayatus sahabah. Kita buat usaha dengan yakin pada janji-janji tersebut. Kalau tidak, usaha yang kita buat akan jadi macam satu gerakan, satu persatuan sahaja yang tidak datangkan perubahan pada umat, tidak akan datangkan apa-apa kesan. Kita kena buat usaha dengan penuh yakin. Inilah kerja yang telah dibuat oleh para sahabat r.a. Segala bantuan yang sahabat dapat, kita pun akan dapat bila kita buat usaha ini.
Matlamat usaha ini bukan untuk bawa umat kepada amal infradi, ibadat tetapi untuk bawa umat kepada kerja Nabi s.a.w. Satu pagi atau satu petang di jalan Allah s.w.t lebih baik daripada dunia dan seisinya. Satu pagi di jalan Allah s.w.t, akan mendahului selama 500 tahun. Bila-bila masa sahaja, bila Nabi s.a.w nampak sahabat bagi tumpuan pada amal infradi yang menyebabkan dia menangguh untuk keluar di jalan Allah, Nabi s.a.w akan terus menerangkan pada sahabat tentang kelebihan keluar di jalan Allah s.w.t yang mengatasi amal infradi. Abdullah Rahawa r.a telah diputuskan untuk keluar di jalan Allah bersama dengan jemaah. Jemaah telah keluar awal pagi, dia telah tangguh keluar kerana hendak kelebihan solat Jumaat di belakang Nabi s.a.w. Dia fikir dia ada kuda yang pantas dan boleh kejar jemaah. Selepas solat Jumaat, Nabi s.a.w dapati Abdullah Rahawa r.a masih ada. Nabi s.a.w panggil dia. ‘Kenapa tidak keluar lagi?’ Abdullah Rahawa r.a tangguh keluar di jalan Allah bukan sebab kerja dunia. Dia lewat keluar di jalan Allah sebab agama, sebab hendak solat Jumaat dibelakang Nabi s.a.w. Nabi s.a.w tanya, ‘berapa lama kamu lewat?’ Dia jawab, ‘satu pagi’. Nabi s.a.w kata, ‘kamu tahu tak banyak mana mereka telah mendahului kamu?’ Dari segi masa, mereka telah mendahului kamu selama 500 tahun dan dari segi jarak, mereka telah mendahului kamu sejauh maghrib dan masyrik (timur dan barat).

Maulana tidak faham, hari ini bila kita dengar hadith kelebihan keluar di jalan Allah, kita anggap kelebihan ini untuk satu perkara yang khusus, berperang. Berperang bukan maksud kerana tidak ada mana-mana nabi diutuskan oleh Allah s.w.t untuk binasakan manusia. Nabi-nabi dihantar oleh Allah s.w.t untuk jadi asbab hidayat. Nabi pesan, dakwah dahulu selama 3 hari, bila mereka masuk Islam itu lebih baik untuk kamu dari unta-unta merah. Bila satu orang masuk Islam, sahabat akan takbir dengan kuat sekali mengatasi kegembiraan mereka dapat menawan satu negara. Maksud berjihad bukan untuk berperang tetapi atas maksud kerja dakwah untuk mengajak manusia pada Allah s.w.t.
Hari ini orang anggap kerja dakwah ini adalah salah satu daripada amal-amal baik. Pemahaman ini Nabi s.a.w telah hapuskan. Nabi s.a.w kata pada Abdullah Rahawa r.a, kalau kamu infakkan harta seluruh dunia pun kamu tidak dapat mengejar mereka. Kerja dakwah ini mengatasi segala kerja-kerja amal yang lain. Kita kena ada yakin bahawa kita akan dapat ganjaran dan kelebihan yang sama sebagaimana sahabat-sahabat telah dapat. Kalau tidak ada yakin, kita tidak akan dapat kesan yang sama.


#mencari sesuatu,fikir-fikirkan selalu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...